Sunday, 11 June 2017

16 Ramadan 1438 Hijrah bersamaan 11 Jun 2017

Ahad.


Esok Nuzul Quran bersamaan 17 Ramadan 1438H, sekejapnya rasa ramadan dan dipertengahan. Puasa, sahur, tarawih dan qiamulai semuanya dilakukan dibulan ramadan barakah. Bulan penuh bermakna buat umat Islam. Sedar tak, kita di pertengahan tahun 2017. Rasa masa cepat berlalu. 
Alhamdulillah ramadan kali ini aku masih kuat menjalani ibadah puasa dan bangun sahur. Indahnya berada di bulan mulia, semoga bulan penuh mengampunan Allah SWT ini gugur dosa-dosa yang kita lakukan dan doa kita selama ini dimakbulkan. 
Tahun ini ala kadar sahaja berbuka dan bersahur, sesekali aku ke bazar ramadan untuk membeli juadah, paling aku suka kuih tepung pelita atau limas. Sedap di tekak aku ini. Teringin juga murtabak tapi tak membeli lagi, bubur lambuk pun tak ambil di surau setiap ahad ada sedekah pada penduduk tapi tak ada kesempatan nak mengambilnya. 
Alhamdulillah berkesempatan juga aku terawih di bulan ramadan walaupun hanya sekali di malam kedua ramadan, insyaAllah nak lagi jejak surau menunaikan terawih di bulan mulia ini. 
Buat korang selamat menjalani ibadah puasa. Pelbagai kisah ingin aku catat tapi kadang tugas dan tanggungjawab banyak yang perlu diutamakan. Sekadar catatan rindu pada blog sendiri yang masih rapi dan indah di mata ini. Semoga kita semua dibawah lindungan Allah SWT.

Sunday, 21 May 2017

NH True Love Raya 2017



Cinta itu membebaskan
Jika ia kembali itulah Cinta Sejati

Sebuah kisah cinta Neelofa yang diterjemahkan dalam penceritaan. Orang boleh menilai kisah cinta yang dia lalui. NH True Love juga memperkenalkan kempen raya Nealofar Hijab dengan 10 koleksi baru. Bijaknya Neelofa memperindahkan jalan cerita singkat dengan memasukkan semua kepentingan sebagai duta produk baik seperti Yess, Mcd, Titan dan Oppo. Terselit sebenarnya bukan sekadar kita tengok kisah cinta. Itu sahaja yang dapat aku nilai dengan menontonya dua kali ini. Video ini juga melonjakkan nama syarikat beliau NH Prima International Sdn Bhd secara tak langsung.  Teringat dahulu bermulanya Neelofa dengan produk kasut dan BellaVita sebelum adanya Nealofar Hijab. Syabas Neelofa kamu hebat.
Setiap kejayaan dalam hidup perlu ada keluarga yang mendorong lagi menguatkan. Ketahuilah cinta itu perlu bagi makhluk yang dilahirkan berpasangan. Sesungguhnya jodoh itu telah tertulis di Luth Mahfuz. Semoga Allah swt menghadiahkan aku juga kamu cinta sejati itu.








Tuesday, 2 May 2017

Shawl Miss Charm NaelofaHijab 2017

Persiapan raya part 1

Masa berjalan cepat sangat terasa sangat bila dah berada di bulan mei 2017. Puasa pula hujung mei 2017.
Rasa dah lama nak beli sehelai shawl naelofahijab jadi try beli online untuk raya nanti. Aku pun mula follow intagram @naelofahijab untuk usha design berserta price sangat berkenan dengan dezzle raya korean chiffon bertatah batu swaroski tapi harga memang ketap  bibir. Belek intagram @nealofahijab nampak design miss charm dengan alphabet pendant yang berharga RM60 sebab teringin aku shopping online sehelai buat shawl raya. 

Aku pilih deco rose. Ada rezeki lebih aku belilah lebih tapi kalau rezeki sehelai dah memadai untuk melaram raya nanti. Awalkan aku dah beli. Faktor ini aku kira sebab waktu suntuk takkanlah aku ada masa nak jejak kaki ke @naelofahijab ttdi atau republika. Online shopping dah memadai. Masuk website naelofahijab dan beli dan ada kos penghantaran. Ada hati nak beli inner tapi tak pandai aku belek website naelofahijab tu nanti aku try cuci mata kat lazada kalaulah ada. Naelofahijab dah keluarkan koleksi ramadan, cantik macam harganya juga. Persiapan nak sambut puasa dah aku mulakan dengan beli barang dapur. Untuk raya, persiapan cat rumah seawal 3 bulan lepas dah aku mulakan akhirnya habis juga walaupun tak habis mengecat lagi. Doakan aku dimurahkan rezeki dan dalam rahmat Allah SWT senentiasa. Buat korang semua selamat bersiap menempuh ramadan yang bakal tiba. Seronok dan sebak hati ini.  Rindu pada blog tetapi kekangan masa menyebabkan aku lebih ringkas membaca di media sosial dan inilah kehidupan manusia. Yang penting rasa gembira dengan apa yang kita lakukan.


Saturday, 4 March 2017

Besday Abang Bomba

Kisah da lama sejak hujung tahun lepas cuma masa kadang tak ada nak diperuntukkan. Sempena besday abang bomba sebagai makcik aku belikan sebiji kek abang bomba. Kek ini pun aku beli secara on the sport je sebab tu rupanya macam abang JKR. Tak apa asal bahagia dan abang bomba yang masuk 9 tahun pun bangga sebab tak pernahla makcik dia belikan kek besday mahal begitu.
Wah inilah kek abang bomba walaupun rupanya ala2 abang JKR. Chill sudah.

Abang yang request tulis kat ataskek Happy Besday Abang Bomba. Tengokla muka abang time tu seronok sakanla. Abang baju belang biru dengan sepupu Danish 8 tahun kemain sado. Untuk menyerikan lagi kek abang maka aku dengan mak dia pergila mencari kereta bomba mainan display kat kek. Hebatkan idea kitaorang. Untuk meraikan seisi keluarga kita sambut dekat shellout d'raja KRU dekat Kampung Raja Uda. Kita belanja family makan besar sempena hujung tahun.
Semua pun family terdekat. Sekali sekala makan besar paling menjadi kenangan bila bebudak bole hilang kejap kat shellout d'raja kru tu pergi masuk reramai 4 orang. Memang sabar jela mak2 pak2 diorang. Atok nenek pun gembira seronokla semua malam tu sempena sambutan besday anak buah yang sulung. Semoga jadi kenangan indah buat Darwisy si abang bahawa semua orang pun sayang dia. Indahnya dunia dengan ikatan kekeluargaan. 

Sunday, 22 January 2017

Pantai Tanjong Biru PD

01.01.2017
Tahun yang baru berkenan ke pantai tanjong biru aka blue lagoon. Eh pantai tanjong biru ke pantai teluk biru musykil sendiri selalu cuma tahu pantai teluk kemang. Saja sempena cuti tahun baru walaupun dah nak hampir ke hujung januari baru nak bercerita.

Matlamat dan harapan masih sama untuk dikejar. Mohon dipermudahkan segala urusan dipanjatkan kepada Yang Esa.
Banyak perkara berlaku dan berubah, contohnya kerja dah baru bukan segaja tukar environment tapi ekonomi sekarang tak stabil dan bermacam peristiwa nak dikongsi tapi baik dipengang erat.
Semoga tahun baru ini baik - baik sahaja.  Bukan usia sahaja bertambah tapi usia kereta juga, semoga tahu ini dapat capai impian nak beli rumah sendiri, insyaAllah.

Tuesday, 13 December 2016

Cuba amalkan habatussauda

Habatussauda makanan sunnah.


Kenapa tetiba beli habatussauda ni yea. Ceritanya begini dekat tempat kerja lama aku memang ada sebuah kedai makanan sunnah dan kegunaan mengikut syariat islam. Pertama kali aku tahu pun waktu aku tercari-cari berus gigi sawak yang kayu tu. Harga berus gigi tak ingat tapi murah juga. Lepas tu aku ada beli kurma maryami kat situ sekitar 1 plastik RM9, kurma maryami jenis kurma yang kering. Aku amalkan makan sebiji dua sehari bila teringat. Sampailah raya barulah habis stok seplastik kurma itu. Kalau nak beli jus pati delima gulsan pun ada sebotol RM14.

  • Aku memang amalkan minun pati delima gulsan bila fikirkan kebaikannya. Hasil amalkan pati delima gulsan mungkin tak nampak sekejapan ambil masa. Contoh yang diberikan kalau kita amalkan tubuh badan kita hari ini akan sama sepuluh tahun lagi setelah amalkan. Pati delima gulsan memang baik diamalkan untuk sistem badan. Khasiat buah delima aje banyak, amalkanlah. Waktu temankan member baik beli pati kurma dan delima ternampak habatussauda. Seperti yang korang sedia maklum habatussauda ni makanan sunnah yang baik. Ia sejenis jintan hitam yang panas. Kalau terasa panas bila mengunyahnya baik rendam dalam 5 ke tujuh biji dalam air dan minum di pagi hari. InsyaAllah aku cuba amalkan. Harganya sekitar RM12 sebotol dan kalau setakat ambik 7 ke 14 biji sehari mau setahun baru abis sebotol. CUBALAH amalkan juga kerana habatussauda ada banyak manfaat didalamnya yang kamu semua boleh search untuk pengetahuan. 

Sunday, 30 October 2016

Pengalaman cari kerja guna jobstreet

Assalamualaikum
Alhamdulillah satu fasa baru dalam dunia pekerjaan apabila aku dapat kerja melalui jobstreet. Apa itu jobstreet pada aku ia adalah laman sesawang/website informasi jawatan kosong di Asia. Tapi aku tetap pilih kerja di daerah Klang ini. Secara purata untuk dua bulan setengah ini aku cuma dipanggil temuduga oleh tiga buah syarikat iaitu di Shah Alam, Telok Gong dan Kapar. Akhirnya aku berjaya juga menempatkan diri sebagai staff baru di sebuah company manufacturing. 

Orang kata usaha tangga kejayaan, lantakla orang nak kata bukan mudah nak dapat temuduga jobstreet tapi hati kena kuat dan cekal untuk dapat pekerjaan di laman sesawang ini. Paling penting kaji tempat sebab selalunya jawatan kosong yang ditawarkan jobstreet terletak di kawasan perindustrian dan calon perlu ada kenderaan sendiri untuk ulang alik. Memang betul dalam tempoh dua bulan setengah ini lebih seratus kali aplly di jobstreet cuma tiga interview yang dipanggil.  Dua bulan menganggur akhirnya berjaya juga. Terima kasih jobstreet kerana informasi anda telah berjaya menarik company menemuduga saya dalam krisis kewangan yang baru bermula memberi impak. Semoga cabaran kos hidup dapat dihadapi dengan baik. 
Berbalik kepada permohonan kerja saya di jobstreet, sebenarnya saya dah tak impikan mengejar gaji yang tinggi, jawatan yang hebat mahupun overtime yang mengila. Saya dah lalui semua itu dahulu sebelum saya mencari jawatan work life balance iaitu kerja cuma isnin hingga jumaat dan wekend merupakan hari cuti. Itulah yang saya impikan dan dimakbulkan Allah SWT. Waktu saya aplly saya memang pilih waktu bekerja weekdays supaya ada kerehatan dua hari. Saya meletakkan expected salary lebih rendah dari jangkaan dan sewaktu temuduga mengisi form syarikat saya meletakkan permohonan gaji lebih rendah dari apa yang saya minta di jobstreet sebagai satu strategi untuk mendapat kerja. Yang menyuruh saya berbuat demikian adalah sifu saya aka kakak saya. Biarpun pengalaman saya sudah 8 tahun tapi tak semestinya saya perlu demand.
Jobstreet juga menekankan pengalaman kerja atau skill. Oleh kerana saya fasih sistem perakaunan syarikat maka kelayakan saya adalah lebih melalui pengalaman. Pengalaman akan memberi kamu satu bonus untuk senang dapat kerja. Oleh kerana saya sudah tak boleh lari bidang, saya tetap berada di bidang yang sama sewaktu memohon di jobstreet. Pengalaman saya yang mahir sistem kewangan membantu saya sewaktu sesi temuduga. Jangan sesekali putus asa dalam memiliki pekerjaan. Tanpa saya sangka jobstreet membantu saya memiliki pekerjaan kini walhal saya daftar akaun jobstreet sejak 2009 yang lalu cuma tahun ini saya mengunakan aplikasi informasi pekerjaan dari jobstreet. Buat semua pencari kerja, jobstreet adalah lubuk mencari kerja, jangan terlampau memilih disaat ekonomi negara tenat. Semoga berjaya juga hendaknya dan sentiasa positif. Sesungguhnya pekerjaan adalah satu ibadah. Jika beroleh kesempatan ingin saya meluahkan sebab saya berhenti kerja yang lebih kepada masalah ekonomi, kemerosotan sales dan profit menurun. Pesanan saya buat semua jobstreet adalah medan mencari kerja yang hebat buat kamu. Wahai adik-adik janganlah kamu memilih pekerjaan walaupun kamu mengenggam segulung diploma mahupun ijazah dan selepas memiliki pekerjaan perlulah berfikirlah untuk bekerja tetap dan sentiasa berusaha untuk bekerja dengan baik namun jika kamu dimaki dan dihina sebagai staff kamu mempunyai pilihan untuk meneruskan atau bertahan kerana rezeki dalam bidang kerjaya ini adalah di tangan Allah SWT. Apa jua ketentuan baik rezeki, ajal, jodoh dan pertemuan adalah dibawah kehendakNya.