Monday, 28 December 2015

2015 melabuh tirai

28.12.2015
Kerjaya
Dua tiga hari lagi nak tutup tahun, masih bekerja di tempat yang sama, bos yang sebaya, kerjaya yang sama masih akaun syarikat kecil milik orang Islam. Melalui hari hari bekerja 9am hingga 6pm. Myvi merah oren pun dah 2 tahun lebih usianya menjadi peneman paling setia tuannya. Syukur awal tahun gaji naik juga, kerja seperti biasa cuma gst sebagai penambahan yang menambahkan kerja. Sekarang dah selalu kena ot kerja tak siap bab gst ni tapi insyaAllah doakan dapat harung dan kembali ke asal.
Keluarga
Tahun ini tiada pertambahan ahli baru. Abah dah pencen dan duduk kampung, sebagai anak tanggungjawab dah kena tertib untuk menyara abah, step mother dan adik2. Tahun ni kehilangan arwah atok, rasa segar lagi ingatan pada arwah. Tengok opah pun dah kurus dan tak banyak cakap. Adik sepupu aku ada yang masuk menara gading, dah besar mereka. Sekarang aku makin rapat juga dengan sepupu sebab sejak abah dah duduk kampung, selalula jumpa sedara mara. Seronok juga tiap tiap bulan balik kampung, walaupun sekadar satu malam.
Kewangan
Alhamdullilah gaji masuk tiap bulan. Cukup makan pakai dan cukup air api. Berjalan sana sini juga walau tak macam orang lain. Mandi kolam tengok laut juga aku tahun ini. Tahun ni juga jejak Langkawi yang dah lama tak jejak sejak darjah 6. Alhamdulillah.
Persahabatan
Baiklah tahun ini dapat aku jenguk sila di Sungkai, kawan sekolah menengah yang sanggup bersusah payah. Sejak pindah Sungkai sesekali aku dapat jenguk, itupun kalau masa mengizinkan. Raya cina lepas naik juga aku ke Taiping jumpa teman sebilik sedom sebaik Ija, terus adik aku bawa ke Penang jadinya bergambar sakan kami di Muzium Art Penang. Kadang rindu kawan baik susah senang zaman belajar dulu. Yang ada disisi tetap setia, terima kasih no dan anim setia sebagai peneman di Klang ini. Menyaksikan kawan baik aku naik pelamin raya lepas, sebabkan kawan baik ku turut juga hasrat yati untuk aku apit waktu nikah dan bersanding. Memang dia jarang ada masa untuk aku, aku pun tahu batas kami yang duduk sekampung tapi tinggal berbatu juga. Terima kasih kawan seopis sebab korang penyeri hari2 aku.
Percintaan
Aku singkap sedikit cerita, terima kasih awak sebab hadir dalam hidup. Harap terima saya seadanya, beberapa hari lepas habis raya, berani betul dia datang nak jumpa abah. Jodoh kan rahsia Allah, mana mungkin kita menidakkan. Rasa macam susah nak percaya dengan semua ni, yang penting kita redha. Maaf sebab tak sempurna tapi tulang rusuk tak pernah tersalah pemilik.
Suka duka 2015 ini memang tenang, semuanya go through. Cara untuk hadapi sesuatu adalah melaluinya. Dah nak habis 2015 ini, tak sangka tahun ini penuh suka duka.
Sekeping gambar beberapa hari lepas dengan adik lelaki tercinta. Ambik angin petang dekat pantai Telok Batik yang sesak dengan manusia yang sedang happy dengan keluarga masing-masing. Wishlist 2016 rasanya memang panjang tapi tak tertaip hari ni. 2014 tahun yang cepat dan 2015 melabuh tirai. Semoga 2016 dilalui dengan baik.

Sunday, 27 December 2015

Makan beradab lepas sunat

27.12.2015

Nak kongsi adat melayu Perak kami. Kami balik kampung ada kenduri tapi yang pentingnya menjenguk abah dekat kampung. Abah asyik wasap tanya anak cucu balik kampung ke tak. Jadinya memang aku cuti 5 hari tapi misi macam biasa cuti non ado. Kakak sulung pulak cuti masuk Thai, adik perempuan aku cuti bawa anak pegi Melaka. Jadinya last minute angah aku dapat tukar shift dengan kawan hospital. Kami pun dapat balik kampung.
Sampai kampung aje dah tengah malam, esoknya kami memang biasa lewat menolong kenduri sepupu sendiri dekat rumah Opah. Aku goreng udang panjat buah nenas tu. Sepupu aku buat sweet source ikan siakap dan aku buat hidang pengantin bersunat. Pastu barulah anak buah aku yang dah bersunat tu dijulang pak sedaranya dari rumah mak sedara kami pukul rebana. Family opah aku ada geng pukul rebana boleh kata budak laki kecik besar adik sepupu pandai main rebana. Ketuanya bapak2 sedara kitaorang dan  kiranya cicit sulung opah bersunat. Yang best makan beradap penuh bebudak alahai seronoknya diorang. Aku pun selama ni tak tahu makan beradap ni untuk budak budak sebaya yang bersunat. Meriah gakla sambil tu sepupu aku buat majlis doa juga siap pasang khemah. Bajet 200 orang tetamu. Memang mak pak nenek yang bersunat ni  perabih kot. Habis depa makan aku pun meratah lauk pauk makan beradab sekali angah aku, sepupu aku, dan seangkatan. Lauk pauk pun banyak disediakan. Cuma bab basuh pinggan kat sinki yang rasa sakit pinggang makcik. Aku sebagai makcik kenala tolong lagipun akula anak dara paling beso yang kedua beso kat uitm dan yang sekolah semua tu payah beno nak suruh. Basuhlah aku pinggan disinki tetiba makcik sedara aku yang umur 24 tu bersuara "biorle mak encik yang basuh baju kamu lawo, tak ngape mak encik bole basuh" telan air liur aku. Makcik aku ada anak kecik kot dok nangis je, pakcik aku kawen dengan orang muda dari aku rasa serba salah. Aku cakap takpe kat dia. Takkan aku nak harap dia kot kan. Aku kadang malu muda benor nak panggil makcik. Tu belum paksedara muda setahun aku tu kawen mau telan air liur kalo muda belia. Mau salah faham kang yele kami tak batal air sembahyang kot.
OK, cerita dah jauh dari tujuan asal. Semalam pergi pantai Telok Batik dengan ramainya manusia yang happy. Tahun baru dah nak muncul dan segala macam matlamat, cita, rasa dan macam2 sebenarnya. Suka duka 2015 ni kita tutup tirai dengan baik sekali.

Friday, 18 December 2015

Karipap cheese warung Pak Din Klang

18.12.2015

Tempat makan best dekat Klang trending dekat blog ni. So ada kesempatan kita cerita pasal warung Pak Din. Warung Pak Din ni terletak dekat kawasan perumahan area belakang bhp petrol yang opposite hospital pantai Klang. Apa yang best kat sini adalah port lepak lunch over. Kuih banyak seketul 50 sen keria, popia, karipap, seri muka boleh kata puluhan kuih dan trending paling latest adalah karipap cheese tapi harga RM2.00 seketoi. Kalau pergi Pak Din menu best adalah laksa pekat memikat RM5 semangkuk dapat laksa bayar time tu. Mee kari pun power pekat memikat tak ingat pulak harga sekitar RM5 jugakla. Selera aku tertumpu pada keutiaw udang panas panas RM5.50. Warung Pak Din ada bihun sop daging dengan ayam tapi harga pun power. Ada juga nasi tapi aku jarang ambil nasi. Serve tip top cepat cuma opis aku yang jauh sikit.
Waktu operasi warung Pak Din kecuali jumaat tapi tak menentu juga. Kedai sempoi je lorong belakang rumah besar besar Taman Plamgrove sesuai dengan bajet tapi bagi orang suka kuih memang kadang terlebih bajet. Tak tipu laksa, me kari, bihun sop memang sedap. Pic baru ambil kat fb sebab ada rojak sotong tu baru. Perasan makan karipap cheese okla so so sebab aku bukan jenis memahami rasa cheese dalam karipap bulat tu. Cuma sebab trending tu cuma seketul buat rasa. Macam review pulak, nak mintak Pak Din diskaun la. Pak Din pun selalu ada layan customer tau baik orangnya. Warung sempoi dan rilex. Kadang nak duduk makan pun kena tunggu turn penuh lunch our.

Tuesday, 8 December 2015

Reward untuk diri sendiri

08.12.2015
Saat ini meneman putera raja kakak sambil layan oggy. Ayahnya belum balik dan ibu pula masuk shift malam. Kerja macam biasa di ofis dan siapkan summary monthly sekitar 6.45 baru start enjin kereta, sempat lagi bos ke arah saya yang baru masuk gear r untuk pesanan esok hari. Saya cari ATM nak keluarkan gaji yang tak sempat diusik tapi untuk segala hal berkaitan transfer memang dah langsaikan awal. Saya dengan gaya kelajuan pantas  mencari beras 5 kilo, top 2.5 kilo, gula sekilo, biskut 1 pek, keropok tiga empat packet, milo 400 gram, sunquick oren botol besar. Untuk reward diri, saya dok perati safi syala sekali ditegur promoter, langsung disuggest warna hijau, pencuci muka safi rania gold memang saya aim nak beli dari hari tu lagi dan saya sambar minyak rambut. Alahai simplenya saya berbelanja, tapi bangga dapat hadiahkan reward untuk diri sendiri. Budak kecil dirumah saya belikan sebekas aiskrim wall chocolate chip dan yakult sementara saya boleh berkira kira untuk membeli air tropikana twister saiz kecil untuk diri sendiri. Bukan ape saya khuatir over bajet sebab peruntukan komitmen saya panjang draftnya. Satu satu perlu dilaraskan. Apa lagi yang saya sambar, rasanya tinggal cecair pinggan mangkuk RM2.70 itu. Bertukar tangan dua tiga keping note RM50 dan baki sekitar RM38. Sebuah kalender 2016 dihadiahkan kepada saya. Hujan bukan lagi renyai tapi mencurah curah. Pekerja kaunter beri saya pinjam payung untuk ke kereta dan pulangkan semula payung. Alhamdulillah walaupun sampai rumah sekitar jam 7.45 malam saya rasa puas hati dengan pencapaian hari ini.
Gst cemburu betul pada saya. Terasa benar  mahalnya harga barang sampai saya berkira kira setiap kos belian. Memang kena perhatikan kos dan semak harga supaya membeli secara berpada. Keperluan sebelum kehendak. Yang penting sebelum yang tak berapa penting.

Saturday, 14 November 2015

Copy Paste Sangat

Sekeping gambar zaman kecil aku yang belum 2 tahun jadi simpanan aku scan letak dalam Facebook. Baru baru ni pergi Melaka dengan family yong aku ada beberapa keping gambar dengan Yeya si kenit anak buah perempuan aku satu

Wednesday, 11 November 2015

Muzium Kapal Selam Melaka di Klebang

Ahad 8 November 2015
Sekitar 12 tengahari sampai sudah di Melaka menyusur tol Ayer Keroh, Melaka adalah tempat saya belajar degree sudah tentu saya sangat suka dengan memori yang melakar di minda. Awalnya kami tiba rasanya tak lalu nak naik menara taming sari, otak ligat teringat sesuatu yang best di Klebang ada coconut shake beratur jadi waktu lalu dah terasa panjang rupanya dekat belah dalam ada kedai besar untuk minum coconut shake tapi itu aktiviti esok, harini kita ke pantai Klebang. Pencarian muzium kapal selam berjaya sebab ia terletak dekat pantai 1Malaysia Klebang, cuma saya ingat muzium kapal perang rupanya hanya sebuah kapal selam. Saya fikir ada banyak kapal dipamer tapi cuma satu iaitu paus gergasi yang pernah masuk Majalah Tiga tapi itupun kami dah exited, masuk kapal beb, pengalaman berharga dan anak buah pun teruja. Ruangan laluan sempit ditambah banyak ruang dilarang masuk tapi itu pun dah memadai dapat juga merasa naik. Tiket sekitar RM3 kira berbaloi, tak boleh naik sampai atas kang roboh pulak kapal dengan manusia yang excited macam kami. Walaupun tengahari orang memang ramai melawat muzium lain dari yang lain kali ini. 

Habis buat lawatan melawat kapal selam yang dah tak boleh menyelam, kita pekena laksa dengan asam pedas dekat pantai Klebang. Harga mahal jugalah tapi apakan daya. Malamnya kakak kami sponsor makan malam dekat Alai, minum besar coconut shake pun dia sponsor, hotel seri costa felda pun kakak kami sponser. Kalau tak menabungla nak pergi short vacation dekat Melaka kali ini. Nanti nak cerita juga pengalaman mandi di Kolam Air Gunong Tampin waktu perjalanan balik sebab nikmat terasa lain mandi di persekitaran kaki gunong.

Tuesday, 10 November 2015

The Captain Steamboat and Grill Meru Klang

Sabtu 7 November 2015
Habis waktu bekerja half day aku menyahut cabaran ke jualan gudang karangkraf 2015 tahun ini. Selalunya aku tak tersampai ke pesta buku tapi kali ini berjaya.
Ke PKNS pekena nasi lemak paru dan tarik sehelai shawl dulu  dan ke tesco untuk minum dan solat dan tarik sehelai shawl lagi. Lepas maghrib bermula perjalanan ke The Captain  Steamboat & Grill Meru
OK kalau rasa nak dinner dekat sini kena booking meja sebab fully book.  Harga seorang dewasa RM21.90 kami pergi dengan anak beranak geng opis. Aku da ajak angah tapi dia takmau join. Dah biasa makan ramai2 dengan geng family opis, memang erat silaturahim. Direction nak pergi The Captain Steamboat & Grill Meru ini boleh mintak tolong google map senang je, kalau dari arah Setia Alam jalan terus sampai nampak sekolah cina pekan Meru so ambil kiri kedepan sikit jalan je perhatikan belah kanan. Senang cerita berdepan dengan pasar malam Meru. Kalau dari arah Kapar masuk kana dekat sekolah perempuan Kapar dan sekolah Tengku Abdul Jalil lagi dekat untuk kami orang port. Kalau tanya memang kesedapannya lebih dari Al- Fateh Steamboat Kampung Jawa tapi dekat Al-Fateh ada minuman panas. Best kan pekena sotong udang dan servis pun baik. Zaman sekarang dengan ekonomi merundum takyah la makan seafood mahal steamboat gini dah power.
Korang bole try, memang confirm berbaloi dengan harga korang bayar.

Friday, 23 October 2015

Tiga puluh satu tahun yang lepas

Lahirnya bayi perempuan jam 5.45 pagi selasa di hospital besar klang. Hari ini aku dapat kejutan kek hari lahir dari kakak sulung berserta belon, sekarang kan ada khidmat delivery present kek atau celebrate untuk surprise. Tapi surprise tak berapa menjadi time kakak sulung aku call opis nak confirmkan aku ada kat opis atau tak dan aku memang balik awal tadi sebabnya aku bercuti. Semalam Abah call tanya balik kampung tak sempena hari jadi, memang balik cuma lewat sikit balik kampung sebab kena tunggu adik aku yang tak dapat cuti. Serius rasa macam dimanjakan lagi. So surprise delivery dihantar ke opis kakak aku then semua adik badik berkumpul dekat restoran mertua kakak aku. Tak sangka adik badik aku plan kekonon success tapi terharu juga. Bukan sebab kek besar atau mahal tapi rasa special dihati diorang. Hari ini hari jumaat dan berada pada 10 muharram. Pagi tadi aku hadir kelas pengajian di opis sebelum aku balik pukul 11 tadi, ulangtahun kelahiran ini bukanlah satu sunnah ikutan walhal ulangtahun nabi kita Muhammad SAW pada tanggal 12 rabiuawal masih boleh disanggah, sebab tahun hijrah bermula pada zaman pemerintahan Khalifah ArRasyidin kedua yakni Umar Al-Khatab. Maka sebelum Umar Al-Khatab melaksanakan sistem perkiraan kalendar hijrah tak wujud bulan bulan Islam. Itu selingan ilmu yang aku belajar dalam majlis ilmu. Selagi ia tidak melanggar hukum agama maka mana yang tak salah bolehla dilakukan. Mengembirakan hati orang juga dituntut oleh agama.
Alhamdulillah masih bernafas di bumi, masih cuba untuk memperbaiki setiap kesalahan diri. Masih lemah dalam disiplin masa dan banyak kelemahan diri. InsyaAllah aku cuma menjadi manusia yang berguna buat keluarga dan orang sekeliling. Doakan aku berada sentiasa di landasan yang benar dan tidak bangga diri. Doakan yang baik baik.

Tuesday, 8 September 2015

Dinner di Yok Mampir

Abah I dah officially pencen now. Sebagai anak kebiasaannya seronok tengok life abah sekarang di samping family kat kampung dengan aktiviti sosial masyarakat. My dad memang bagus dalam pengucapan dan selalu jadi mc majlis. So abah balik sini sekejap setel income tax dan perlukan salinan degree cekai aku yang paras boarder. Balik keje nampak abah dah sampai rupanya tadi pegi income tax salah isi borang guna pen biru so kena pegi balik. Kakak aku suruh aku pegi pasar untuk makan malam tapi malam selasa memang tak ada pasar. So aku pun ajak abah makan kat Yok Mampir kebetulan aku pun dah gaji. Mulanya Abah nak makan dekat kedai makan area opis lama dia tapi aku ajak juga pegi Yok Mampir sebab aku suka tomyam poktek. Time gajila nak makan besar sikit dan first time aku bawak abah makan kat luar sejak Abah dah pencen sekitar bulan lepas. Yok Mampir ni terletak antara rumah aku dengan rumah mertua kakak sulung aku so Abah ajak kakak sulung aku join sekali tapi apakan daya panggilan telefon tiada jawapan dan wasap cuma dibaca waktu makanan tengah dihidang. Kalau kakak sulung aku ada lagi seronokla makan makan. Aku dengan Angah order tomyam poktek, kerang rebus, kangkung belacan, ikan kembung tiga rasa dan sayur campur dengan curly fries dan air kedondong, air epal, air belimbing dan kopi ais. Memang makan mak mertua lalu belakang pun tak perasan. Sebenarnya Yok Mampir tu western food yang kitaorang makan ni restoran sebelah Yok Mampir dan servis tip top licin. Saje bawa abah makan dinner sebab dekat kampung tak ada tempat makan tomyam macam dekat sini buat kata Abah yang ada mcd n KFC. Abah estimate bill kena RM120, angah cakap dalam RM60 dan aku cakap dalam RM80 sebab kitaorg berempat plus anak angah makan curly fries sajok. Time bayar hanyalah RM52.80 sahaja murah amat. Alhamdulillah nan ado gst. So for family makan makan dinner bolehla ke jalan shapadu rantau panjang area pasar malam.
 Maaf gambar tak membantu memandangkan hp cekai.

Friday, 21 August 2015

Jemputan Seminar GST hand holding Wisma Kastam Pulau Indah



Dapat jemputan untuk ke Seminar gst hand holding pelbagai industri. Pada asalnya main company kami dijemput dan forward kepada anak-anak. So berbekalkan kebijaksanaan komunikasi dan dunia it, pertama aku call bahagian gst untuk pemberitahuan kehadiran, pegawai gst beritahu senarai kedatangan di perlukan untuk buat anggaran jumlah peserta. Aku email Detail peserta kepada pegawai gst tentang kehadiran dari email jemputan main company. Jadi seorang mewakilkan satu company. Email pun dibalas pegawai kastam terlibat. So kami pun sampai tepat waktu sarapan pagi. Lepas sarapan masuk dewan pegawai yang beri taklimat kata jemputan adalah terhad kepada syarikat yang mempunyai masalah dengan penyata 03 dan ia bersifat umum. Kira syarikat bermasalah adalah target seminar ini. Kitaorang dok pandang satu sama lain patutlah tak dapat jemputan rupanya. Tak tahulah dari mana main company dapat jemputan hand holding. Penekanan kursus adalah tentang pendaftaran, isi tax payer dan maklumat tentang pengecualian bercukai. Sesi accounting of gst beri taklimat asas pengiraan maksud. Sesi kedua berkaitan refund dan taxpayer sampai ke perkara mudah iaitu cara masuk website kastam. Simply basic bagi gst, main company pernah hantar penyata tersilap bulan tu yang masuk senarai bermasalah kot. Perasaan bila hadir kursus macam sirih pulang ke gagang. Dah 8 tahun tak jejak lepas paraktikal dulu. Dewan kastam pulau indah masih macam dulu. Oleh sebab yang handle seminar adalah pegawai gst jadi tak perasan kalo adalah pegawai bahagian pengurusan yang masih kenal. Lagikan pegawai Kastam selalunya selalu kena tukar bahagian.  Kembali melihat tempat praktikal dulu memang mengamit memori. Satu alternatif yang baik untuk jangka masa panjang berkaitan gst.

Thursday, 2 July 2015

lmam Muda Asyraf Dan Ustaz Fakhrul UNIC

Aku follow insta Imam Muda Asyraf Dan Ustaz Fakhrul unic. Bila aku follow aku ada rasa satu kebanggaan pada mereka berdua. Pertama sebab mereka sebaya aku dan punya ilmu agama yang bernilai. Kadang bila Fakhrul Unic letak video jadi imam rawatib solat tarawih dengan  alunan suara yang sangat merdu bacaannya rasa kagum. Imam muda Asyraf pula sebelum berita jam 8 kat tv3 sepanjang ramadan akan ada tazkirah dari beliau. Indah bukan.
Terasa cemburu dengan kelebihan mereka yang boleh mendorong orang seperti aku ke arah kebaikan. Lahirnya khalifah berbakat seperti merekalah yang dapat menjadi pelapis untuk ukhwah Islam di Malaysia. Masa berlalu pantas tanpa kita sedar usia semakin bertambah. Aku kagum dengan kamu berdua wahai rakan sebaya walau tak pernah kenal mahupun bersua muka.
Sekarang jika aku perhatikan aku suka melihat kejayaan Neelofa dengan shawl Neelofar yang semakin hari semakin maju dan cantik. Teringin beli sehelai shawl neelofar hijab raya ini. Teringat meletop Neelofar pesan pada Nabil yang nak menunaikan umrah supaya doa dia dapat jodoh yang baik dan rezeki yang berkat. Teringat sedutan dewi remaja sebelum beliau digelar dewi remaja 2010 yang dia nak jadi jutawan muslimah. Rezeki kan. Aku pun rindu lakonan Ayu Raudhah artist feveret dalam keayuan. Semoga kita semua menjadi muslimah yang solehah amin.

Saturday, 13 June 2015

Tempat makan best dekat Klang

 pipi sama naik.

OK sebagai anak kelahiran Klang yang zaman kecilnya dimanjakan di Shah Alam akak terasa nak review sebagai akak kawasan selain Jusco Tesco dan Giant yang memang sebati

Pertama Kedai belah kiri simpang tiga dekat Tanjong Harapan
Kedai makan ala seafood kebanggaan abah saya. Sedap dan murah depan dia restoran gambar replika ketam.

Kedua Warung Pak Din
Ate kome penah ke dengo warung Pak Din, warung ni jual kuih muih mewah sangat. Port lunch terbaik dan aku suka mee kari dia power. Time lunch sesak, warung ni terletak area kudrat dekat palm grove.

Restoran Buluh Rantau Panjang
Yehaa ini restoran orang first bawak aku ialah Kak Roziah time aku cikgu sandaran dulu. Lunch banyak goreng goreng macam menu Kelantan vs terengganu. Kira hebatla makan kat sini sedap.

Rahmat Tan dan Lamani
Ini port lunch our time kerja. Sedap dan ringkas. Terletak dekat giant port.

Restoran Apollo
Yang ni nasi kukus ayam goreng rempah. Makan memang kenyang set murah je. Berdepan dengan multimodal bersebelah Southport.

Sahrin Low Harbour Place
Haha yang ini power dan starndard price. Memang sedap sejug fresh Oren RM30 wakaka. Tapi tetap pujaan juga kalo balik keje poket berisi akak berani la singgah.

Port Village dan Muara Ikan Bakar
Dah lama tak ke Muara selalu ke Port Village itu pun bos yang belanja. Haha ketam dia pakai tukul. Hat ni mewah sikitlah harga pun bermewahan.

Boat Noodle Klang Parade
Ini baru testing not bad RM1.90 semangkuk. Food review la katakan ye dak. So ok ok aje tapi takla sedap menjilat jari. Biasa je tekak orang kampung memang camtu.

Shah Alam tak ada port makan baik punya ke. Ada gak aku je jarang ke sana

Shah Alam best kalau makan dekat Hayaki Restoran sebab kelantan stail I like it. Lelagi nasi kerabu pahtu pulut mangga aumm. Tak port hot plate yemee dalam giant seksyen 13 memang sedap. Pekena mamak dekat syed restaurant seksyen 3 pun ok cuma lama da tak pegi.

Cau cin cau.

Sunday, 7 June 2015

Atok dah tak ada

Assalamualikum,

28.05.2015 atok aku pulang ke rahmatullah pada usia 81 tahun. Atok tak ada sakit pun cuma dah tak berapa ingat kadangkala cakapnya berulang. Antara 39 cucu, aku cucu ke empat yang awal. Sulung yong aku, kedua Angah aku, ketiga along kakya sepupu sebaya aku yang jaraknya 5 bulan. 

Sehari sebelum atok meninggal, abah ajak aku balik kampung sebab Abah tak larat drive. Awal pagi selasa Abah baru balik dari kampung sebab atok jatuh bilik air dan tak sihat. Waktu tu mak tiri aku call katanya atok nazak, dalam pukul 12 tengah malam mengharung pekat malam lalu tol guthrie bukit jelutung ke rawang nak cepat. Aku yang silau kuat ni memandu dengan sedaya mungkin memenuhi hak sebagai anak Abah. Hampir pukul 2 pagi sampai tol tapah. Abah drive sebab jalan banyak berubah dan aku jarang balik kampung, paling akhir aku balik adalah raya cina tempoh hari. Aku perasan sekatan roadblock depan balai polis temoh dan aku paling nampak kereta Myvi hitam kena berhenti tepi dan yang keluar adik sepupu aku. Abah pun sama parking tengok - tengokkan. Alhamdulillah tak ada apa kes pun. Adik sepupu lelaki aku bawa mak dia balik kampung aka adik perempuan Abah aku. Jadi kami sampai kampung bersama.
Sampai atok nampak nazak, aku tengok semua elok tido, ada cik nah dengan cik wait tunggu opah jaga atok. Abah dengan mak yang take turn. Aku tengok atok tak sihat tapi seronok Abah anak sulung dia balik. Tak lama cu aku sampai jadi lengkap anak tok semua ada kecuali pakcu aku. Semua tido bersepah, aku selit badan sebelah adik sepupu aku. Mengiring tak bergerak ke pagi, subuh aku intai mak yang pun sama menyelit tido sebelah aku. Ada rasa seronok, sebab family kita besar. Bila dah subuh, aku balik rumah Abah. Solat dan sambung tido, pukul 9 baru aku turun ke rumah tok. Rupanya lepas subuh abah , cikman, makyang, opah dan atok ke hospital. Abah bawa naik myvi aku, kenderaan terakhir yang atok naik sebelum van jenazah. Abah kata kereta akulah kereta yang berbakti buat atok sebelum atok pergi. Waktu dekat rumah opah rancak memasak, memang ramaila kami memasak. Aku potong awas laksa, malas potong dekat dapur aku congok depan TV. Tak silap diorang tengok maharajalawak lama. Atok ada depan TV dengan adik sepupu aku yang lain. Tiba tok cakap kat aku " leha kamu seronok kee" aku jawab "seronok la tok". Tok senyum pastu dia nak masuk bilik. Waktu aku tolong basuh pinggan kat dapur pun atok masuk toilet sorang dan cik man suh aku pantau. Tengahari pakcu sampai pun atok biasa je aku nampak sampaila yong dengan adik aku acik sampai. Aku pun balik rumah abah, makan dengan adik beradik relax kejap. Tiba Amy adik sepupu aku kata atok panggil ayah ngah aka abah aku. Kitaorang pun turun ke rumah tok. Keadaan atok macam malam semalam nazak. Aku dah rancang balik tumpang yong biarlah kereta tinggal Abah nak guna senang. Yong aku dengan adik aku cadang esok lusa balk kampung semula nak bawa cicit atok. Kebetulan cicit sulung ada sebab acik sempat ambik lepas habis sekolah agama. Jadi aku pun balik klang dengan adik beradik aku. Waktu salam tangan atok macam tak nak bagi lepas kitaorang balik. 
Pukul 9 sampai klang, tetiba Angah gerak aku tido pukul 1.30 pagi khamis dapat call atok dah tak ada. Rasa macam tak percaya pun ada. Angah balik kampung dulu sementara aku tunggu adik aku acik sampai dan kitaorang ambik sepupu dulu naik kancil Abah. Pukul 4 pagi bertolak dan sampai jam 8.00 pagi. Siap - siap dulu mandi tukar baju barulah ziarah jenazah atok. Aku duduk bucu katil, waktu bentangkan kain kapan atok tengah rumah waktu jenazah atok dimandikan memang sebak. Sebelum tu aku dah tak dapat tahan air mata waktu bacakan yassin depan jenazah. Waktu arwah mak dulu aku tak menagis tapi waktu atok sebak aku rasa. Aku tengok jenazah atok dikafankan depan mata anak cucu. Bila jenazah dihantar ke surau  untuk solat aku tak ikut. Surau tak jauh mana dari rumah. Nampak kelibat Abah, dok mencari kunci kereta rupanya pada Abah. Kami ke perkuburan, jenazah atok dah dibawa ke liang lahad. Berlari anak juga sebab diorang dah bersedia nak kambus. Sorang sorang intai jenazah atok dan pakcik sedara kitaorang ajak tengok kali penghabisan. Usai kami balik dan tunggu tiga hari tahlil sebelum balik klang. Risaukan Abah yang merupakan anak sulung atok. Kebetulan waktu kami nak balik ke klang saing sekali cu Dan cik maria nak siram air tahlil arwah atok. Jadi kami turut sekali ke kubur arwah atok. Dan back to routine hidup yang biasa.
Sedih sekali sebab atok dah tak ada. Kalau isi borang tahlil nama arwah atok ada. Dua atok dan dua opah dah tak ada yang tinggal opah tiri yang memang macam opah sendiri. Atok belah mak dah tinggalkan aku sekitar 3 tahun, opah belah mak pula sekitar aku darjah 2, opah belah abah memang dah tak ada sejak abah 6 tahun, mak pulak dah tinggalkan aku sekitar 12 tahun. Kini giliran atok tinggalkan aku yang menginjak ke usia 31 tahun. Allah maha besar, dari Dia kita datang pada Dia kita kembali.
Alfatihah buat arwah atok tersayang.

Friday, 15 May 2015

Hati Perempuan Drama Sangat

Memahami hatimu lebih sukar dari memilikimu,
Apa yang saya suka lagunya
Ku menanti kamu saja
Yang terindah dari Dia

Sebenarnya inilah salah satu waktu yang ada untuk menonton tv setelah melalui hari yang padat. Orang macam saya yang sampai rumah sekitar pukul 6.30 pukul rata. Kadang cerita dah start dan saya masih drive, dah biasa tertinggal 5 ke 10 minit awal. Memang ini saja waktu khusyuk tengok tv. Solat maghrib time iklan. Habis cerita baru fikir mandi fikir makan fikir baju nak basuh fikir rumah nak sapu fikir pinggan nak basuh fikir lantai nak mop fikir kain nak lipat fikir nak sapu fikir puny a fikir jam menunjukkan pukul 11 malam dan saya pun kadang lena awal dari itu. Tengokla rutin saya jadi saya fikir biarlah slot akasia jadi satu rutin untuk lepaskan penat kerja dan berehat rehat dengan jalan cerita cinta. Sampai terbawa nak kawen dengan lelaki macam tengku zaril. Cewah beranganlah ko zura drama sangat. Teman lelaki upahan dulu pun havoc la Kyra dan El skang arilanis kan kan. Dalam cerita ini pun banyak adegan sweet dan tak terlampau. Rasa macam perkahwinan itu indah sangat. OK dah malam sangat, nite. Kawan saya dok update novel hati perempuan, tq su. Ost hati perempuan memang best sampai mati dan bunga dhia. Sekarang ni lagu potret memang tengah top kat telinga dan ost isteri luar biasa, dah tertungu tunggu cerita baru.

Banyak gambar  dalam wasap kawan aka bagi tapi tah mana, nie je akak jumpa comel gak kan.

Sunday, 10 May 2015

what goes around comes around - pilot cafe

Kita lari dari kesibukan dunia sebentar, lari dari stress kerja yang berlambak lambakan dan rutin biasa. Nama saje orang klang space u8 pun tak tahu dekat mana letaknya. Mengajak kawan baik tengok wayang filem pilot cafe lakonan fahrin Ahmad, izara aisyah, neelofa, Remy ishak dan Keithfoo. Bagi aku watak yang fahrin Ahmad mainkan sebagai ameer itu jelas mengisahkan takdir hidupnya. Jelas tonjolkan watak hero sebagai lelaki yang berduit, bekerjaya, playboy dan sosial life yang sangat ditekankan dalam penceritaan. Bekerja sebagai pilot dan punya pakej lengkap yang diminati ramai gadis tergila-gila. Kisah ameer yang sosial membawa kepada perkenalan dengan sharmila lakonan neelofa yang digambarkan sebagai pramugari biasa yang cantik. Berkali sharmila tekankan kepada ameer bahawa lelaki itu bensr-benar cinta akan dia atau tidak dan jawabnya ya ya ya. Kalau dah playboy memang dasar playboy juga. Sharmila hamil anak luar nikah dengan ameer dan minta ameer bertanggungjawab tapi sebaliknya ameer masih nak single bersosial. Ameer menganggap sharmila istimewa dan minta wanita itu gugurkan kandungan. What goes around comes around, what you give you get back. Sharmila hilang dari mata ameer, berhenti kerja dan hilang begitu sahaja. Kewujudan sharmila hanya imbasan kembali dari ingatan ameer apabila muncul Maya lakonan izara aisyah yang ditemuinya dalam ketakutan. Dijaga Maya sebaik mungkin hingga melahirkan. Maya bukanlah milik ameer, ameer cuma membantunya ketika payah. Kenalan lama menyapa, ameer terkedu melihat isteri doktor itu adalah sharmila yang pernah menjadi miliknya. Ameer memohon maaf pada sharmila, wanita yang mencintainya dan dia sakiti, dia sangat cintakan sharmila. Kesal pada diri hanya sedar cinta tulus setelah sharmila hilang dari hidup. Sharmila setia kepada suaminya, lelaki yang membantunya sewaktu hamil anak luar nikah. Ameer pula cuba meminta cinta dari Maya lalu melamarnya namun Maya memilih cinta hatinya yakni lelaki yang telah menghamilkannya sebagai suami kerana cinta mereka. Dia memilih ayah kepada anaknya yang lari ketika dia hamil dan kembali ke pangkuannya semula. Maya serba salah ketika ameer melamarnya. Ameer akur, sebuah cerita dimana hero tidak menemui cinta sejatinya. Heroin pula menemui cinta yang lain. Jalan cerita sayu dan pilu. Kata my fren, pilot cafe ini adaptasi novel. Katanya sharmila kembali ke pangkuan ameer, lagikan ada part 2.
What goes around comes around, setiap orang melalui takdir yang berbeza.
Sabar sabar sebentar berikan ku waktu untuk melupakan luka lama yang masih bersamaku.
Aku suka cerita ini, kedua dua heroin baik Maya mahupun sharmila keduanya tidak memilih Ameer. Walaupun Ameer kaya, berjaya, bergaya dan ada pilot cafe.

Saturday, 9 May 2015

Kat mana telaga harbour park

Niat asal nak ke cable car tapi padat. Jadi waktu on da way ke cable car langkawi nampak kapal layar banyak setempat. Jadi berhenti sekejap dekat pantai kok snap gambar. Serious cantik.

Singgahla ke telaga harbour park, Dekat situ pun ada telaga tujuh, pada ingatan aku telaga tujuh tu tujuh telaga rupanya air terjun wahai cek mek. Tapi tepian harbour park ajela. Lepas itu baru ke makam mahsuri dekat ulu melaka. Cer korang fikir ada ulu melaka kat langkawi. Benarlah sejarah di tulis oleh mereka yang menang. Entah entah sejauh ini luasnya kesultanan melayu melaka 1511. Itu belum masuk hikayat merong mahawangsa. Selit sikit mengomel sebab tak dapat jadi cikgu sejarah.
Sekeping gambar penghias entry padahal gambar aje ratus dalam memory hand phone.
Nanti ada entry ke makam mahsuri yang mungkin dikarang panjang panjang. Undur diri dulu mood compang camping.

Monday, 4 May 2015

Langkawi Here We Go Labour Day 1st May 2015

Alhamdulillah, safety arrive journey and safety back for routine. Percutian ke Langkawi yang dirancang akhirnya lancar sudah segala aktiviti. Dengan pesawat air Asia yang ditempah awal November 2014. Akhirnya berjaya bercuti dengan team opismate. Flight ticket pergi balik bersama motel yang ditempah dengan Air Asia sebanyak RM 350 seorang untuk percutian 2 hari 2malam memang berbaloi. Day first cuma malam sahaja flight ke langkawi pada jam 9.15 malam dan sampai ke langkawi pads jam 10 malam. Percutian kali ini dirancang penuh oleh senior kami Kak Sikin dan Kak Ma. Saya memang tak tahu flight pukul berapa pun, Toyota avanza disewa untuk kami berenam, jumpa sahaja hotel kami cari makan jam 12 malam, simple sahaja menu kami ketiaw ladna dan burger. Entry akan datang akan ada cerita tentang pantai kok dan telaga habour park langkawi.

Tuesday, 24 March 2015

Cermin power window pecah seribu

Ini kisah jumaat lepas, waktu itu hati berdebar kencang dan tang an menaip di blog.

Allah swt maha adil, tak ada siapa pun akan terlepas dari dugaan dan ujian tuhan. Hari ini dalam sejarah power window terkena batu dari mesin rumput. Allahuakhbar, sedihnya hati. Perasan waktu nak balik dari opis sebelah hantar invoice. Terus call perodua minta bantuan dan perodua one utama bagi nombor workshop perodua. Deal dengan salesman terus datang, kereta ada tinted so katanya cermin tak berderai. Yela dari tempat driver kan maunya tak rasa berdebar. OK sekarang duduk sekejap dekat workshop. Doakan yang baik baik..

Bila ujian menimpa kita sabar dan cuba sebaik mungkin untuk rasional dan positif.

Monday, 16 March 2015

Buku mak, Abah redailah anakmu


Buku ini aku beli online dekat website sebarkanbahagia. Aku suka baca blog ustazah fatimah syarha. Aku order online sabtu, khamis dapat sekali dengan kain pasang untuk raya. Kain pasang aku beli dekat kawan atas kawan. Entah sekarang aku suka membaca dan aku nak cari keberkatan dalam bacaan. Aku pun nak mencari redha seorang Abah, mak aku dah lama pergi, redha seorang Abah yang sangat memanjakan aku sedang aku ini dah besar panjang. Insyaallah selepas buku ini aku nak beli buku karya yang lain pula. Aku dah beli kesayangan cum tak habis mentelaah, bukunya dah dipinjam kakak. Sebab kita dah lama habis sekolah, kadang kena cari nasihat nasihat berguna dan motivasi diri. Kadang kita tahu tapi kita lupa praktikkan sebab itu aku cari buku tip tip sebegini. Walaupun aku sebenarnya malas menbaca tapi aku usahakan juga membaca. Bila aku baca buku mak, Abah ...redailah anakmu aku rasa ada juga yang aku culas dan lupa sebab terlalu selesa seperti bekerja juga dah terlampau selesa hingga kadang cuai dan tak perasan silap. Apa yang aku buat, aku suka ustazah fatimah syarha maka aku cari karya beliau sebagai bacaan walau aku tahu banyak karya pakar motivasi yang lebih high class tapi tak terdorong membeli. Kita perlu faham kadang kita suka guru tapi tak suka subjek, kadang kita suka subjek tapi tak suka guru, kadang kita suka subjek dan guru begitu sebaliknya. Soal suka ini aku belajar waktu jadi guru sandaran dulu. Semoga aku tak lupa tanggungjawab aku sebagai seorang anak tak kira bila waktu pun. 

Friday, 13 March 2015

Zakat pendapatan tahunan saya bagi tahun 2014

Dua tiga hari lepas saya dapat penyata rasmi bayaran zakat pendapatan 2014. Saya alamatkan terus ke office biar mudah. Lagikan memang senang kalau alamatkan ke office. Dapatlah penyata begini secara tahunan. Cuma rm21 sebulan, kalau tahunan tu agak banyak sekali bayar. Zakat pendapatan melalui skim berkat ini perlu di pos pada sebelum 10 haribulan pada tiap bulan. Oleh sebab company saya memang size kecil jadi urusan kiraan zakat saya kirakan buat staff lain. Menjadi kewajipan buat saya maklumkan jumlah zakat bulanan pada setiap staff atas persetujuaan. Kalau tidak takut jatuh berdosa. Sebab saya bertanggungjawab sebagai akaun untuk  kirakan. Sebenarnya mudah sebab sudah ada senarai perkiraan zakat pendapatan mengikut gaji kasar dan akan berbeza mengikut taraf perkahwinan dan bilangan anak. Saya memang tak layak cukai pendapatan lagikan zakat pendapatan ini boleh dapat rebate cukai pendapatan. Sekarang lembaga zakat sedang lancarkan skim berkat lebih efisen untuk tarik umat Islam menunaikan rukan Islam keempat ini.  Harap ada  juga sedikit kelebihan dengan skim berkat ini. Jom tunaikan zakat.

Sunday, 1 March 2015

Mengaji Al-Quran dengan guru Indonesia

Assalamualaikum diari Maya,

Tadi aku hadir di sebuah jemputan perkahwinan anak jiran tetangga, jiran satu lorong lat dua tiga rumah. Aku ingat lagi rumah itu dulu pernah aku datang mengaji Al- Quran walaupun tak lama. Kalau ikutkan aku agak lambat khat am Al-Quran sekitar tingkatan 4, waktu aku tingkatan 1 kebetulan anak kepada pengajar yang ajar mengaji waktu itu sakit maka aku tak dapat lanjut mengaji di situ padahal tinggal berapa juzuk. Sekitar tingkatan 2 aku pindah ke Klang dan arwah mak hantar aku mengaji di rumah jiran. Jiran aku ini namanya Cik Ida, dia orang Indonesia yang berhijrah ke sini, seingat aku anaknya dua lelaki. Tak lama mengaji dengan Cik Ida mengulang juz 1 rasanya tak sampai setahun kira 6 bulan agaknya. Sebelum mengaji dengan Cik Ida, aku mengaji dengan Cik Zah dan guru pertama yang mengajar aku mengaji adalah Kak ain, mengaji dengan Kak ain yang rambutnya sampai ke kaki itu pun tak lama, Kak ain sewa sekejap saje dekat kawasan rumah aku. Tadi aku jump a Cik Ida, aku salam dan cium tangan dia, dia masih mengajar di pekan baru indonesia. Sekejap saja aku jumpa sebab dia pun sedang melayan tetamu maklumlah anak buah yang kawen. Aku pun peluk Cik Ida dan kata halalkan ilmu yang dia bagi pada aku, aku cium pipinya. Sambil aku berlalu pergi dia kata dia halalkan dan biar ilmu itu istiqamah jangan dibiar. Alhamdulillah ada rezeki aku jumpa guru mengaji aku kecil dulu walaupun mengaji sekejap. Syukur sebab masih ada rezeki lihat mereka lagi, bulan lepas aku bertemu ustazah alfiah guru agama Islam sekolah rendah dulu di bank Islam tapi tak aku tegur sebab baju aku ketat sangat ketika itu padahal nak peluk cium sebab rindu dan nak ucap terima kasih ajar aku dulu seperti mana aku dapat ucap terima kasih kat Cik Ida. Lepas Cik Ida aku mengaji dengan Cik No ibu saudara aku yang baru pindah ke sini hingga aku khatam Al-Quran sewaktu tingkatan 4, alhamdulillah walaupun agak lewat Dan bertukar guru, berjaya juga aku khatam Al-Quran.

Sunday, 15 February 2015

selamat pengantin baru yana samsudin

Selamat pengantin baru yana , best pula nak menaip soal pernikahan Kak yong dengan Adik farid kamil. Kata yana fadzil zahari yang kini suaminya yang sah seorang yang penyabar, pernah yana kata kalau tempuh menunggu andai nak lepaskan lepaskanlah sebab yana masih nak berkerja keras. Abang ipar kata kedai kek terbesar kat yong peng itu yana samsudin yang punya. Sekarang kedai kek kak yong dah ada cawangan. Alhamdulillah yana dah sah bergelar isteri orang. Dulu waktu Adik sepupu keje metro wealth katanya yana besar badan saya, lebih kurang samw besar la sebab sama chubby, rasa seronok lihat yana bahagia, nampak biasa majlis dan tak bermewah. Insya Allah Allah swt akan beri segala yang terbaik buat umatnya. Selalu jika artist wanita berkahwin akan mula menumpu kepada rumahtangga, lihat saja Ayu Raudhah dan Fasha Sanda. Untung yana ada ibu disisi waktu acara nikah, nampak dia pegang tangan ibu dia. Kalau saya nanti semestinya bukan IBU disisi sebab mak dah 11 tahun tinggalkan kami. Tahniah rakan sebaya, tahniah yana. Saya suka kelembutan awak, suka melihat awak jadi isteri orang. Semoga jodoh saya juga penyabar seperti suami awak.

Thursday, 8 January 2015

Komisen Dari equrban

Rezeki tanpa disangka sangka senyap senyap ada dalam akaun saya. Terima kasih equrban rezeki sebagai rakan affiliate sejak 2011 walaupun blog suam sums kuku dapat hasil untuk dituai melalui program korban Dan akikah di kemboja. Alhamdulillah.

Saya mulanya nak check gmail kalau ada dapat temuduga mrsm sekali terbaca email yang buat saya senyum syukur. Semoga maju jaya hendaknya.