Sunday, 30 July 2017

Perjalanan akhir adik aku

Subuh 21 ramadan 1438H


Perjalanan akhir adik aku yang aku coretkan sambungan dari subuh 21 ramadan 1438H.  Datang kawan baik arwah adik beritahu bagaimana kejadian kemalangan jalan raya berlaku dan kawan baik adik aku inilah yang pertama memberitahu aku sebelum polis datang dan menerangkan kepada kami keadaan kemalangan . Aku dan kakak masuk untuk pengecaman jenazah, memang dalam hati berfikir itu minta sangat itu bukan adik aku. Bila buka sahaja beg tersebut jelas kelihatan adik aku macam sedang tidur, polis forensik tanya betul kan ini adik awak serentak dengan angah kami jawab "Ya". Mulut berkumat kamit baca doa yang tajhu dan polis bawa kami ke luar dengan penerangan yang lain lagi. 
Oleh sebab sudah sepakat urusan mandi jenazah dilakukan di hospital kami diminta call ustazah yang akan menguruskan jenazah. Sebaik arwah diletakkan di atas tempat mandian, aku cium berkali-kali adik aku. Datang seorang kawan baik arwah minta izin cium jenazah "kak boleh saya cium" aku suruh dia minta izin kakak sulung aku ketika itu. Suasana jumaat kali ini meninggalkan memori yang teramat. Adik aku kelihatan senyum dibibir memang indah melihat arwah. Kami tiga beradik perempuan yang tinggal bersama tiga orang kawan baik arwah memandikan jenazah diketuai ustazah. Senyuman dibibir jenazah mengambarkan seribu satu pengertian. Usai urusan mandi dan kafan tak aku tinggal arwah jauh dari aku walau aku tahu selepas ini adik aku berada diantara alam dunia dan akhirat. 
Kami tiga beradik naik van jenazah terus ke masjid di rumah kami. Kakak yang sulung memberi amanat jika antara kami meninggal dahulu kuatkan semangat untuk uruskan seperti mana kami menguruskan adik perempuan kami yang bongsu. Terdengar khutbah jumaat sedang dibacakan dan kami menunggu di luar perkarangan masjid. Sebaik selesai solat jumaat jenazah adik diletakkan di ruangan solat seketika dan dibawa ke hadapan imam untuk disolatkan. Ramai yang berada dalam masjid bersama solat jenazah untuk arwah yang kebanyakkannya orang yang menunaikan solat jumaat.  Selepas solat jenazah kakak sulung buka kain kafan dimuka untuk membenarkan saudara mara, jiran tetangga dan rakan arwah melihat dan cuim jenazah buat kali terakhir. Kami bawa adik kami ke tanah wakaf untuk dikebumikan. Ada lagi saudara mara dan rakan yang masih ingin menatap arwah kali terakhir dan mencium jenazah. Aku memang berulang mencium adik aku yang sangat aku sayang. Tak sanggup melepaskan tapi kuasa Allah tak dapat aku halang. Alfatihah buat arwah adik yang aku sangat sayang "Allayarhamah Nordila". Semoga kita semua bersatu di syurga Allah SWT. 
Ya Allah, hamparkan ibuku dan adikku dengan hamparan dari syurgaMu
Ya Allah, pakaikan ibuku dan adikku pakaian dari syurgaMu
Ya Allah, bukakan lorongan buat ibuku dan adikku melihat syurgaMu.
Amin amin Ya Rabbal Alamin.

Sunday, 23 July 2017

Subuh 21 ramadan 1438H pada jumaat 16.06.2017


Part 1: Adikku pulang ke rahmatullah pada 21 ramadan 1438H

Jumaat pagi lepas sahur dan solat subuh aku tido semula sebelum bangun pergi kerja jam 7.15 pagi. Dalam pukul 6 pagi adik lelaki aku kejut katanya abang ipar panggil aku. Keluar rumah dekat pintu abang ipar cakap pada aku "yang, acik dah takde yang".
Aku tengok angah, kakak aku dah terduduk nangis depan pintu sambil cakap "yang, acik yang", "acik dah takde yang".
Kawan kerja arwah yang beritahu pada angah, diorang berdua perempuan naik kereta warna putih. Kawan arwah beritahu angah "kak dila eksiden" "kak, dila dah takde". Aku cuba boleh ucap terima kasih pada diorang waktu balik dan terus bersiap ke hospital. Kawan kerja arwah kata jenazah dah dibawa ke hospital. Terus abang ipar beritahu makcik kami lat dua tiga rumah.
Terus abang ipar suruh aku bersiap ke hospital, keluar rumah jiran terdekat dah penuh depan rumah kami. Terus abang ipar, angah dan aku ke hospital. Tak tahu macam mana nak beritahu abah kat kampung. Wasap kakak sulung minta call aku dan bila kakak aku call waktu nak beritahu memang dah berderai air mata,
 aku cakap "yong, sabar yea", kakak sulung aku kata "hah".
Aku cakap "acik dah takde yong", terus meraung kakak sulung aku dalam hp "kenapa yang, kenapa acik yang, Ya Allah adik aku"
Aku pun da menangis "eksiden yong, kitaorang otw pergi hospital"
Kakak sulung aku cakap "abah dah tahu ke yang"
Jawab aku "belum yong, bagitaula sedara mara kita yong"
Yong cakap "macam mana nak cakap kat abah yang"
Aku pun wasap abah minta call aku sebab try call tak angkat, bila abah call terus aku pass call minta abang ipar jawab. Aku memang dah gigil tak boleh nak bercakap.
Aku pesan pada angah "apa pun berlaku kita terima da redha". Pagi jumaat yang sangat terkesan dihati.
Sampai unit forensik, hampir jam 7 pagi. Orang kaunter kata jenazah memang dah ada tapi perlu tunggu polis datang untuk buat pengesahan mayat. Satu persatu saudara dan jiran datang, rakan sekerja arwah, kawan sekolah dan semua orang yang berkaitan. Waktu itu tak tahu nak gambarkan perasaan, dengan segala kekuatan yang ada dalam diri. Memang tak percaya tapi qada dan qadar Allah mengatasi segalanya. cuma terasa bagai nak menidakkan apa yang berlaku. 

#nurkilan ini aku coret sebagai tanda ingatan buat arwah adik dan sebagai kenangan buat kami untuk dicerita buat masa akan datang. 

Wednesday, 19 July 2017

Adikku pulang ke rahmatullah pada 21 ramadan 1438 Hijrah

Assalamualaikum,



Pada hari jumaat 16.06.2017 bersamaan 21 ramadan 1438 Hijrah kami sekeluarga telah kehilangan salah seorang ahli keluarga terdekat. Semua qada dan qadsr Allah SWT yang telah tertulis di Luth Mahfuz.
Alhamdulillah selama tempoh menghampiri 40 hari pemergian beliau mengadap pencipta, kami sekeluarga melepaskan dengan redha ketentuan Allah SWT kali ini. Aku sebagai seorang kakak yang tua tiga tahun dari arwah adik tak dapat mengambarkan betapa hebatnya ujian Allah SWT kali ini. Al Fatihah buat arwah adikku yang pulang ke rahmatullah pada 21 ramadan 1438 Hijrah. Semoga kita bertemu di Syurga Allah SWT.
InsyaAllah kisah keluarga ini akan aku kongsikan untuk dijadikan kenangan terindah dalam hidup. Manusia ini sifatnya pelupa, semakin hari akan semakin hilang ingatan pada sesuatu yang lalu. Semoga tinta ini dapat dijadikan bahan bacaan dan ingatan di masa akan datang buat keluarga dan mereka yang merasainya.
Jangan menangis sayangku
Ini hanyalah sementara
Bersyukur pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia dia SANA