Tuesday, 17 July 2018

Up side down house Melaka Throwback

Kita throwback. Bff sis ija nak kawen bulan 8 ni so sis dan ija buat satu percutian berdua-duaan supaya tak ralat if nanti kalau dah bergelar isteri orang sahabat dah terpaksa kian kita lupakan. Ija bff sis tetiba ajak ke Melaka dalam bulan mac lepas. Sis pun walau bajet ciput on je la kan. Sebab sis sangat memahami erti persahabatan. Mulanya kami plan bulan 4 tapi tak dapat date sesuai sehinggala kami pilih 10,11 dan 12 may 2018. Waktu tu kami pun tak tahu akan jatuh date pilihanraya pada 9 mei 2018.
Hotel prima sis dah book online kat agoda sekitar RM70 satu malam. Cuti pun dah apply awal sekali satu Malaysia turut cuti bersama sis dan ija. Sis berpakat dengan ija biar sis drive myvi sis yang comel itu. Ija orang Taiping sis dan ija plan ija turun Klang Sentral aje pada 10 mei. Sebab sis tak nak abah sis risau sis angkut adik sepupu sis sekali photograper handphone mahai jenama oppo itu. Tapi ija turun Shah Alam bila sis merasakan Klang Sentral macam tempat asing waktu sis dah sampai menunggu ija. Serius Klang Sentral kosong oi.
Sebaik ija turun bas. Kami selfie dengan jari yang masih baru membiru mengundi semalam. Rindu beb nak berselfie dengan bff. Siapa sangka pakatan harapan menang besar dan satu Malaysia bercuti kan. Maka benarlah generasi muda memilih kepimpinan yang baru. Untuk ke Melaka kali ini cuma sis dan ija maka kami decide berdua plan, bajet dan peluang yang kami ada. Sampai hotel prima dengan aplikasi google map kami bersiap makan malam dekat Asam pedas Kota Laksamana. Rezeki kami hotel yang sis tempah betul betul dekat check point bandar Melaka. Sis, ija dan sepupu sis pun try makan malam Asam Pedas Kota Laksamana. Asam pedas Kota Laksamana ni sis dah survey katanya mantap. Lapan minit dari hotel prima. Sis tanya ija nak naik cruise ke sebab sis idakler jakun naik cruise river. Sis dah pernah naik dengan member sis yang lain. Ija cakap nak ofkos sis meluncur bawa  naik cruise. Jangan tanya berapa ringgit naik cruise river Melaka sis dah lupa. Maybe RM18 kot. Dahla maybe kot lagi.
Esoknya pulun habis kami berjalan ke pantai klebang, sis ada juga bercuti dengan arwah adik dekat pantai klebang tak lama dulu. Sis pun bawa ija dengan adik sepupu sis ke Muzium Kapal Selam. Bukanlah kali pertama sis ke situ jadi yang teruja adalah ija dan adik sepupu sis. Oleh kerana waktu solat jumaat tutup sis bawa diorang ke Klebang Coconut Shake. Time solat jumaat sis dan ija dah beratur nak beli coconut shake dan keria.
Sebenarnya sebelum ke pantai klebang sis bawa diorang ke upside down Melaka aka Rumah Terbalik Melaka. Terletak belakang hotel seri costa aje kome. Memang semua teruja.
Model tak berbayar depan upside down Melaka dua orang bff sedang bergambar. Kalau korang ke Melaka sis memang mencadangkan korang singgahlah ke upside down Melaka ini. Bayaran mungkin mahal tapi harga sebuah kenangan bersama tersayang itu sukar di mengertikan.

Nanti akan ada staff yang akan beri tunjuk ajar bergambar. Jangan risau kami aje bukanlah fotogenik pro pun idak. Semua gambar cecantik deme yang tangkapkan. Memang sis puas hati.

Masa belum lagi lewat sangat petang. Kami ke A Famosa pula mengimbau kenangan belajar di Melaka dulu kan cuma ada Afamosa dan bangunan sekitarnya. 
Bila malam kami ke A Famosa lagi berjalan dengan keramaian pelancong. Memang padat malam sabtu. Kami tetap sakan bergambar ke pelosok Melaka. Untuk kenangan.
Tengokla kami macam budak lepasan spm padahal dan tiga series. Memang penat seharian tapi buat kata ija ini jela masa untuk bersama aku. Since last kami jumpa dua tahun lepas waktu aku ke bukit merah. How time flies sahabat, kita semakin tua dan punya komitmen yang nyata. Sempat aku ajak ija bergambar depan kolej kami dulu. Ini memang rare dan mengimbau semua kenangan. 
I love Melaka. Banyak sejarah kami di sini juga menuntut ilmu. Buat ija semoga tiap gambar yang kita ambil untuk kenangan tersimpan rapi untuk kita kenang. Kita tak tahu masa depan langkah kita bagaimana tapi memang ko dan aku ada catatan kenangan. Selamat pengantin baru in advance ija. InsyaAllah nanti sis update majlis kenduri kawen ija. Sis mesti datang insyaAllah. 


Sebuah persahabatan itu indah dengan cara lenggok tersendiri. Seperti kita yang merasai pahit manis berdepan dunia remaja dahulu bersama berlari anak di Melaka Sentral, berbuka puasa di tepi jalan raya, tidur bersama di katil atas dan terima kasih kerana selalu kejutkan subuh waktu zaman belajar sampaila ke dunia kerja. Terima kasih menyokong aku dan sentiasa suka berada di samping aku sebagai sahabat. Syukur atas kesempatan bercuti bersama sahabat kali ini. Dan semua yang kita jalani bersama. Lepas ni kaki melangkah dengan haluan sendiri dan semoga kita tak saling lupa nilai persahabatan ini. Ija aku hantar ke kl sentral naik ets esoknya. Dan seperti biasa sis sesat dari kl sentral ke klang.
Simpan gambar manis kita berdua kat blog aku. Kot rindu boleh search sweet azura blog memori.


No comments:

Post a Comment